SHAH ALAM, 27 OKT: Penduduk Kuala Lumpur dan Selangor paling ramai dikompaun atas kesalahan melanggar tatacara operasi piawai (SOP), kata menteri kanan (keselamatan).
SHAH ALAM, 26 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadual berakhir esok dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 9 November ini.
SHAH ALAM, 22 OKT: Empat penjara di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 4 November.
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyangkal maklumat yang mendakwa hampir 90 peratus daripada mereka yang positif Covid-19 adalah individu yang mengunjungi pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang.
SHAH ALAM, 21 OKT: Pekerja pembinaan dan pengawal keselamatan warga asing di zon merah wajib membuat saringan Covid-19 berkuat kuasa esok, kata menteri kanan (keselamatan).
SHAH ALAM, 20 OKT: Kerajaan mewajibkan pekerja asing di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menjalani saringan Covid-19.
SHAH ALAM, 18 OKT: Majikan diminta supaya membenarkan kakitangan di Lembah Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bekerja dari rumah.
SHAH ALAM: Aktiviti gimnasium di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan bermula Isnin ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).
SHAH ALAM, 11 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperluas ke satu lagi daerah di Sabah iaitu Kota Belud bermula tengah malam, 13 hingga 26 Oktober ini.
KUALA LUMPUR, 10 OKT: Kerajaan akan mewujudkan pusat kuarantin transit pendatang tanpa izin di empat lokasi di Sabah bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka di depot tahanan.
SHAH ALAM, 7 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dikuatkuasakan di daerah Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.
SHAH ALAM, 6 OKT: Kerajaan menguatkuasakan sekatan perjalanan rentas negeri untuk keluar dan masuk ke Sabah bermula 12 hingga 25 Oktober ini.
SHAH ALAM, 1 OKT: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kawalan rentas daerah di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam pada 3 hingga 16 Oktober ini.
KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Masih ramai yang terus ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila seramai 98 individu ditahan semalam dengan 34 daripada mereka kerana aktiviti di dalam pub dan kelab malam.
SHAH ALAM, 28 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes jangkitan Covid-19 di empat daerah di Sabah bermula 1 hingga 27 September lalu.
SHAH ALAM, 28 SEPT: Empat daerah di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran mulai tengah malam ini hingga 12 Oktober.
SHAH ALAM, 26 SEPT: Seramai 115 ditahan di seluruh negara kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata menteri kanan (keselamatan).
SHAH ALAM, 25 SEPT: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPDP) Secara Bersasar dilanjutkan hanya di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak sehingga 7 Oktober hadapan.
SANDAKAN, 20 SEPT: Jawatankuasa Khas Kabinet akan membincangkan mengenai peningkatan kes Covid-19 di negeri ini menjelang pengundian pilihan raya negeri pada 26 September.
KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Seramai 522 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 342 dikompaun, manakala 180 direman, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.